Saturday, December 22, 2007

Lintah RM60 sekilogram

Artikel ini dipetik dari sisipan Zoom Berita Harian Sabtu 22.12.2007, ditulis oleh Shamsul Kamal Amarudin


Lintah RM60 sekilogram – Penghisap darah laris untuk produk kecantikan, kesihatan

Ringkasan artikel:-

Pengusaha lintah ini Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, 34 beribu pejabat di Selama, Perak, telah mengusahakan ternakan lintah ini bersama dengan ibu mereka Rahidah Wahid, 50, kira-kira enam bulan yang lalu.

Mereka bermula dengan modal RM40,000 dengan RM30,000 duit sendiri dan RM10,000 pinjaman dari Bank Rakyat dan mula membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu ukuran 18 meter x 6 meter di kampong Telok Mas, Selama, Perak.

Kemudian, induk lintah dibeli sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kg, berharga RM3,600 dari Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai makanannya. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah.

Setiap kolam juga akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan ‘bermain-main’ selain binaan bata-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat memgumpul telur dan pembiakan. Jaring plastik hitam juga diletakkan di atas pokok kiambang sebagai bumbong untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.

Roziana menjangkakan setiap satu kolam boleh menghasilkan kira-kira 100 kg lintah dan mampu memberi pulangan RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

Katanya lagi, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan ‘induk’ atau ‘ibu’ lintah membiak lebih banyak benihnya bagi memastikan kitaran hidup haiwan itu berterusan.

Haiwa itu perlu dijual segera apabila sudah dewas kerana jangka hayatnya pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

Info tambahan:

  • Untuk sekilogram lintah, memerlukan 30 – 40 kg belut. Juga, lintah boleh makan anak katak, larva terampai dalam air dan umbut daun tertentu.
  • Boleh membesar 6 – 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 – 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

ps: Kolam bersaiz 5 x 10 kaki yang dicadangkan oleh Agri Farm seperti link kursus diblog ini lebih praktikal dari yang dibuat oleh pengusaha ini.

Agri Farm menawarkan kontrak beli lintah dengan harga RM70 sekilogram dan menjual induk dengan harga RM1.80 seekor. Sekarang ini, kos membina kolam simen bersaiz 5 x 10 x 3(t) kaki berharga lebih kurang RM1000 (upah Indon) harga upah sama dengan harga barang. Atau boleh dapat tangki kanvas berukuran 4 x 15 kaki dengan harga RM1300 seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini.

Tangki kanvas ini sesuai untuk mereka yang menyewa rumah taman lot korner atau bekembar. Senang untuk pindah-randah.

Setiap kolam dimasukkan 300 ekor lintah induk dan dijangka menghasilkan minima 120 kg lintah dewasa selepas 6 bulan.

Friday, December 21, 2007

Lembah Hijau matlamat Jamilah



Artikel ini dipetik dari Sisipan Mega Utusan Malaysia Jumaat 21.12.2007 tulisan Hashim P.Mamat.

Ladang yang dimajukan dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan ayam dan kolam dengan menggunakan sistem kitar semula serta mesra alam menjadikannya kawasan ‘Lembah Hijau’ yang menarik.

Sekiranya terlaksana ia boleh dijadikan satu ladang contoh untuk menjadi ikutan peladang yang lain, bukan sahaja menjimatkan belanja menguruskan ladang, tetapi mengelakkan berlaku pencemaran alam sekitar.

Peladang Jaya Wanita 2006, Jamilah Ali Mohamed, 57, berkata, inilah satu harapannya dalam penyusunan program ladang seluas 116 hektar di Kampong Bekut, Sungai Siput untuk menjadikan satu realiti bukan sahaja satu impian.

Kesungguhannya dibantu sokongan suami dan anak mampu menjayakan projek-projek yang dirancang termasuk termasuk penggunaan baja organik untuk sayuran.

Mengikut perancangan Jamilah dan keluarganya, apabila semua projek yang terdiri daripada ladang sayur-sayuran, ternakan ayam daging dan ternakan ikan keli dipindahkan ke Kampong Bekut, semua bahan buangannya dapat dikitar semula sepenuhnya.

Jamilah memberitahu, penglibatan mereka dalam bidang tersebut bermula pada tahun 2000 dengan projek ternakan ayam pedaging bermula dengan 60 ekor dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Selepas itu, bilangannya ditambah kepada 200 ekor melalui modal sendiri dan 5,000 ekor lagi dari wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa bekerja di Ladang Getah di Sungai Siput.

Projek tersebut diperbesarkan lagi bantuan Bank Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Bank Rakyat berjumlah lebih RM100,000.

Kini ternakan ayam pedagingnya telah mencecah 100,000 ekor dan boleh diternak bagi semusim, menggunakan reban sistem tertutup.

Bagi ternakan ikan keli pula, ia bermula Jun 2004 dengan sembilan kolam konkrit dan empat kolam tanah dibina untuk menampung kapasiti 300,000 ekor anak ikan.

Projek tersebut juga mendapat bantuan termasuk daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Siput dan Jabatan Perikanan.

Mengikut perancangan, permindahan kesemua projek ke kampong Bekut memberikan jawapan kepada matlamatnya untuk membangunkan sebuah kawasan pertanian dinamakan ‘Lembah Hijau.’

Kawasan tersebut bakal menempatkan kolam ikan seluas 30 hektar manakala 20 hektar digunakan bagi ternakan ayam pedaging melibatkan 500,000 ekor ayam. Jumlah tersebut memerlukan pembinaan reban tertutup sebanyak 30 buah.

Selain itu, 40 hektar dikhususkan bagi tanaman sayuran terdiri daripada terung, bindi, labu, bayam, sawi, kacang panjang, kundur, petola dan timun.

Tanah seluas 20 hektar lagi akan dibangunkan dengan projek ternakan lembu tenusu, enam hektar lagi pembinaan kilang baja organik yang diikuti pembinaan pejabat bagi urusan seharian pengurusan dan urusan dengan pelanggan.

“Kami akan cuba sepenuhnya menjadikan tahi ayam dan lembu boleh diproses melalui kilang kepunyaan keluarga bagi membaja kebun sayuran. Air dari kolam ikan keli pula akan disalurkan ke kebun sayur untuk menyiram sayuran,” ujarnya.

Projek tersebut dijangka dilaksanakan mengikut jadual dalam tempoh dua setengah tahun.

Dalam pada itu, anaknya, Jaazman Aziz, 29, bekas seorang juruteknik telah meletak jawatan dari sebuah syarikat swasta turut menceburi bidang pertanian.

Jaazman mengakui anak muda sepertinya mempunyai peluang terbuka luas jika menceburi pertanian secara komersial dan menggunakan teknologi moden.

Menurutnya, buat masa ini hasil sayuran dan ternakan ikan keli dan ayam tidak menjadi masalah untuk memasarkan malahan boleh dijual di sekitar Sungai Siput dan Ipoh mengikut pasaran semasa.

Katanya, setiap bulan mencapai jualan hingga RM79,000 iaitu jualan ayam RM45,000, ikan keli RM30,000 dan sayuran RM2,000 tetapi perolehan ini akan bertambah dengan pembesaran projek seperti yang dihasratkan sebagai lembah hijau itu.

Suami kepada Jamilah, Aziz Abdullah, 63, pula sentiasa memberikan galakan dan perangsang kepada isteri dan anaknya yang berusaha untuk mencapai kejayaan dibidang tersebut.

“Saya bersyukur berkat kerja gigih kami sekeluarga selama tujuh tahun hingga kini sudah mula membuahkan hasil dan kejayaan yang dicapai akan menjadi pendorong yang kuat untuk lebih berjaya dan cemerlang,” tegasnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Zulkipli Idris yang melawat ke kebun sayuran milik keluarga tersebut, berasa bangga dengan pencapaian Jamilah.

Apatah lagi, mereka bukan sahaja menjadikan pertanian untuk kegunaan sendiri semata-mata tetapi juga menjadi usahawan.

Katanya, sektor pertanian berdaya maju sekiranya mereka yang terlibat berpandangan jauh dan berusaha tidak mengenal jemu.

Beliau memuji usaha keluarga peladang jaya wanita tersebut yang mahu menjadikan ladang mereka lembah hijau sebagai kawasan pertanian berdaya maju.

p/s: Saudara Ansar, lima tahun lagi mari kita buat macam ini di Kedah. Tanah, boleh pajak tanah raja. Sempat la kambing kamu berkembang biak.


Saya dengan biras sedang serius memulakan projek ternak lintah. Petang ini, kami akan buat tinjauan kos untuk membina tangki kanvas 5 X 10 X 3(tinggi) kaki. Hari ini dan esok, pekerja indon sedang menyiapkan kolam simen dua buah seperti ukuran di atas di rumahnya. Tangki kanvas ini untuk diletakkan di tepi rumah saya. Ini kerana rumah lot korner itu adalah rumah sewa. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini. Gambar ini juga diambil dari web ini.

Sunday, December 16, 2007

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

Rabu, 2007 Disember 05

Berita Tentang Kambing Boer

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan

Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kepada kengkawan penternak dan bakal penternak jangan lepaskan peluang ini kerana kerajaan memerlukan hampir 5 hingga 10 juta ekor kambing dalam satu-satu masa

ps: Wahai saudara ansar..mari kita ambil satu lot.

Tuesday, December 4, 2007

Kursus Ternak Kambing di Bangi, Selangor

Dipetik dari blog kambing Merlong Boer Farm:

Kursus Menternak Kambing di Bangi, Selangor.

Al-Barakah global food industry sdn. bhd., dengan usahasama Bank Pertanian Malaysia, akan mengadakan Kursus Penternakan Kambing di Pusat Latihan Bank Pertanian Malaysia, Bangi, Selangor.

Maklumat adalah seperti berikut:

1. Tarikh : 4-8 Jan 08 dan 25-29 Jan 08.
2. Bayaran: RM20 seorang sahaja.
3. Tempat: Pusat Latihan BPM Bangi dan Ladang Al-barakah, Nilai.
4. Format: 2 hari teori, 3 hari praktikal
5. Tempat tinggal, Makan dan pengangkutan ke ladang pergi/balik disediakan.
6. Maklumat diperlukan: nama, ic, alamat dan contact no.
7. SMS atau email maklumat yg diperlukan ke 013-343-2258 (yusof) atau s50096m@streamyx.com

Wednesday, November 28, 2007

Pemasaran Kontrak dalam Industri Herba

PKNS(Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) telah menganjurkan Seminar Usahawan mengenai Peluang Perniagaan dalam Industri Herba melalui Pemasaran Kontrak pada 21 dan 22 November 2007 yang lepas.

Berikut adalah info yang didapati dari salah seorang peserta kursus ini. (Petikan dari blog Norlela Zubir)

Saya, Maimun (Mun) dan Shaharimah (Syimah) menghadiri klinik usahawan anjuran PKNS pada 21 dan 22 November lalu. Lokasinya di Seminar & Conference Centre, Tingkat 15, Menara PKNS, PJ. Kami berulang-alik Melaka-PJ-Melaka selama 2 hari itu. Perjalanan kami bermula jam 6:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 9:00 malam.

Klinik ini membincangkan peluang bisnes dalam industri herba melalui pemasaran kontrak pada hari pertama. Kemudian bagi yang berminat diadakan sesi business match-making dengan 5 syarikat payung pada hari kedua. Pada hari pertama 250 orang peserta hadir dan 150 daripada jumlah itu berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk kami bertiga.
Lima syarikat payung yang terlibat dalam program ini ialah Malaysian Herbal Corporation (MHB), Rentak Timur Sdn. Bhd. (RTSB), BanDar Agro Spice Industries (BASPI), Moro Seri Utama Enterprise (MSUE) dan Phtofolia Sdn. Bhd. (PSB).

Pada hari kedua, para peserta dibahagi kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk mendengar taklimat setiap satu syarikat payung secara bergilir dengan kumpulan lain. Dalam sesi itu, para peserta diberi peluang bertanya apa saja soalan tentang peluang bisnes yang ditawarkan. Kami bertiga dalam kumpulan 4.
Secara ringkasnya setiap syarikat payung itu sudah ada kilang mereka sendiri yang menghasilkan produk-produk seperti ekstrak vanila, rempah-ratus dan pelbagai herba yang diperlukan dalam industri makanan, kosmetik dan pembuatan ubat-ubatan. Mereka menjadi pembekal bahan mentah dan ramuan separa siap kepada syarikat-syarikat seperti Nestle, Adabi, Maggi dan kilang-kilang kosmetik serta pharmaseutikal.

Permintaan untuk bahan mentah herba yang sudah diproses atau diekstrak amat tinggi, baik di dalam mahu pun di luar negara. Ratusan tan diperlukan setiap bulan. Sebagai pembekal, syarikat-syarikat payung itu memerlukan banyak 'contract farmers' bagi mendapatkan herba-herba seperti serai, limau purut, mas cotek, bunga kantan, vanila, cengkih, daun kari, halia, cili, daun bawang dan macam-macam lagi.

Bagi yang berminat, syarikat payung akan mengaturkan siri lawatan dan perbincangan lanjut sehingga akhirnya membuat kontrak perjanjian untuk tempoh beberapa tahun. Yang diperlukan di pihak peserta ialah tanah, sama ada milik sendiri atau dipajak.

Ada jenis tanaman yang memerlukan minima 5 ekar. Ada yang memerlukan minima 1/4 ekar sahaja. Ada juga syarikat payung yang menyediakan tanah seluas 100 ekar dan memerlukan 10 syarikat atau individu untuk menguruskan penanaman.

Teknik menanam, penyediaan benih, cara penanaman, membaja sehingga pengangkutan tuaian di aturkan apabila kontrak sudah ditandatangan. Agensi yang terlibat dalam program ini ialah Kementerian Pertanian Bahagian Industri Herba.Tujuan saya ke klinik tersebut adalah untuk mendapatkan informasi bagi dijadikan bahan tulisan saya untuk terbitan di majalah dan buku-buku seterusnya. Sambil itu saya juga mencari peluang bisnes seandainya sesuai.

Saya bukan rencam, maksudnya hendak buat itu dan ini, tapi sanggupkah melakukannya? Sebenarnya saya sekadar mahu memulakan sesuatu usaha secara kecil-kecilan khasnya dalam industri herba yang mempunyai masa depan cerah ini.

Yang menarik minat saya ialah penanaman mas cotek kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas. Menurut En. Ismail, bos Moro, tanah dusun buah-buahan juga sesuai di sulam dengan pokok-pokok mas cotek.
Syimah dan Mun juga berminat dengan mas cotek. Tadi Syimah menelefon En. Ismail dan beliau bersetuju untuk datang esok bagi melihat tapak dan kesesuaian tanah. Saya pun tumpang sekaki iaitu akan mengajak beliau melawat tanah dusun saya yang luasnya sekangkang kera.

Info lanjut pokok mas cotek: http://www.delto.com.my/sej.htm

ps: Bagi yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut, boleh menghubungi PKNS ditalian 03-42561735 / 7958 4566 / 7958 5455 /013-333 7683 / 017-376 6948 / 017-601 3727 / 016 - 828 6406 dan email: pdnresources@yahoo.com



Wednesday, November 21, 2007

Karektor orang suka makan kambing

Rujukan dari blog kambing Jai Bumi Farm:



Karektor Kambing



Kambing mempunyai karektor seperti berikut;-Tegas.-Berpendirian.-Matang.-Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.-Memahami arahan.-Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.-Tinggi EQ (emotional quotient).-Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.-Tersenyum.


Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memerihara kambing amatlah menyeronokkan.Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.





Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunyai banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Sunday, November 11, 2007

Dua tawaran Kontrak Perladangan dalam surat khabar hari ini.

1. Perniagaan & Penanaman Cendawan Oyster
Anjuran : Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Kelanatan (DPMINK)
Tarikh Kursus : 14 & 15 Nov 2007 , Bertempat di Hotel Z & H Jalan Bayam Kota Bahru, Kelantan.
Yuran RM250, Kontak : 09-7471131/7434031
Jaminan kontrak : Peserta yang terpilih akan diuruskan pakej pembiayaan dan jaminan pemasaran
(Rujukan : Berita Minggu bertarikh 11 Nov 2007)

2. Kursus Ternak Lintah secara komersial
Anjuran : Alam Lintah Al Huda Enterprise (Perak) Tel : 05-3571621
Lokasi kursus : Seri Malaysia Ipoh, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, Ipoh.
Yuran : RM550 - Terbuka kepada Bumiputera.
Jaminan kontrak : Menjadi penternak dan membekal (vendor) yang berdaftar kepada sysrikat kami dan kontrak perladangan selama 3 tahun.
(Rujukan : Metro Ahad bertarikh 11 Nov 2007)