Showing posts with label Lintah. Show all posts
Showing posts with label Lintah. Show all posts

Thursday, June 19, 2008

Pameran Lintah di Ekspo Seberang Jaya, Jun 2008

Salam..

Kawan saya adalah staf JPVPP (Jabatan Perkhidmatan Veteriner Pulau Pinang) dan beliau juga mempunyai blognya tersendiri di samping mengendalikan web jabatannya. Baru-baru ini, iaitu pada 30 Mei hingga 8 Jun 2008, mereka terlibat dengan ekspo di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Seperti yang pernah ditulis sebelum ini(JPVPP sokong industri lintah), JPVPP ini adalah penyokong dan memberi khidmat nasihat mengenai perternakan lintah. Sebagai menunjukkan komitmen mereka kepada industri lintah ini maka pada ekspo tempohari, mereka juga mengadakan gerai pameran mengenai lintah lintah.
Ini di antara gambar gerai lintah yang saya ambil dari blog beliau:-

Gerai lintah di Ekspo Seberang Jaya


Aktiviti yang dijalankan - ukur panjang lintah.
Takut atau geli hendak rapat pada lintah.
Antara produk berasakan lintah yang dipamerkan - minyak lintah.

Monday, May 19, 2008

Kejutan : JPVPP sokong industri Lintah

Salam pengunjung,

Semalam saya melayari laman web Jabatan Haiwan Pulau Pinang(JPVPP), sekadar untuk melihat aktiviti kawan-kawan yang bekerja kat situ. Dan sedikit terkejut bila mendapati ada artikel dan gambar lawatan ke ladang lintah di dalam web itu.

Hari ini saya pun telefon kawan yang bekerja kat situ dan bertanyakan hal ini lebih lanjut. Memang betul JPVPP ada membantu industri lintah ini disebabkan jabatan lain seperti Jabatan Pertanian atau Perikanan tidak mahu ambil tugas ini.

Gambar lawatan ladang lintah yang ada dalam web itu ialah satu tempat di Taman Penaga, Penaga, Pulau Pinang. Gambar yang saya letak kat sini juga dari laman web itu.
Jadi kawan-kawan kat area utara mari kita serbu JPVPP untuk mendapat khidmat nasihat dan info tentang lintah dari mereka.

Majulah industri lintah untuk negara. Malaysia Boleh..Malaysia Boleh.

Wednesday, April 30, 2008

Raih pendapatan lumayan hasil ternak lintah

Sumber : http://harizamrry.wordpress.com/2008/04/25/raih-pendapatan-lumayan-hasil-ternak-lintah/


Abd. Hamid Awang Kecik menunjukkan lintah yang menghisap darah belut di dalam kolam peliharaannya di Sik, semalam.

SIK 24 April - Meskipun bidang pertanian bukan satu kerjaya yang glamor, namun ia menjanjikan pendapatan lumayan kepada mereka yang sanggup memerah keringat di bawah terik matahari dan menempuh pelbagai cabaran.


Ini dibuktikan oleh seorang petani, Abd. Hamid Awang Kecik, 65, dari Kampung Jelutong, dekat sini yang berupaya memperoleh pendapatan lebih daripada RM3,000 sebulan hasil ternakan lintah.


Menurut Abd. Hamid, bidang ternakan lintah dianggap baru dan dilihat mempunyai prospek yang cukup besar.


Katanya, lintah ketika ini menerima permintaan yang tinggi dengan harganya dikatakan antara RM1.50 hingga RM3 seekor.


“Masa depan ternakan lintah cerah kerana hidupan tersebut sering dijadikan bahan untuk produk perubatan dan kesihatan kecantikan.



“Walaupun saya baru menceburi bidang ini, namun setakat ini, ia mampu memberi pulangan lebih RM3,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Abd. Hamid berkata, dia menceburi bidang ternakan lintah setelah diperkenalkan oleh kenalannya sejak beberapa bulan lalu.



Katanya, tanpa mengikuti sebarang kursus, dia cuba mengusahakannya secara sendiri dengan membina kolam di belakang rumah.


“Saya memperoleh anak lintah daripada penduduk kampung dan membela sehingga besar sebelum dijual.



“Kaedah ternakan tidak begitu rumit. Kita hanya perlu menyediakan ikan belut hidup yang dimasukkan ke dalam jaring khas.


“Anak-anak lintah akan menghisap darah ikan belut terbabit dan apabila ikan itu mati, ia perlu digantikan dengan yang baru,” jelasnya.


Tambah bapa kepada enam orang anak itu, setakat ini, dia tidak menghadapi masalah dari segi pasaran memandangkan peraih akan datang membeli setiap minggu.
Katanya, setiap ekor lintah matang berukuran lima hingga 10 sentimeter dijual dengan harga RM1.50 seekor.


“Kadar ini juga bergantung kepada saiz dan kelebaran lintah berkenaan,” ujarnya.
Abd. Hamid memberitahu, dia juga bersedia membantu mereka yang berminat terutama dari segi kemahiran dan teknik-teknik tertentu dalam usaha menceburi bidang tersebut.


Katanya, orang ramai yang berminat membeli lintah atau mendapatkan khidmat nasihat boleh mengunjunginya di Kampung Jelutong, Belantek, Sik, Kedah atau menelefon 013-4332129.

Monday, April 21, 2008

Info lintah terkini dari RZ Agrifarm Resources

Monday, April 7, 2008

RZ AGRI FARM RESOURCES KINI SELANGKAH DIHADAPAN

RZ Agrifarm Resources kini telah maju selangkah ke hadapan di dalam industri lintah. Impian untuk melibatkan diri di dalam teknologi mengekstrak lintah semakin hampir untuk direalisasikan setelah kunjungan Dr. Wang (berbaju merah) dari negara China pada 7 April 2008.
Dr Wang adalah individu penting di dalam urusniaga untuk mengeksport hasil ekstrak lintah ke negara China. Lebih dari itu, mesin ekstrak lintah yang dijangka sampai dalam jangkamasa dua bulan lagi adalah pemangkin kepada industri ekstrak lintah tempatan.



Biotech Center yang bakal dibina tidak lama lagi akan menjadi pusat pengumpulan lintah yang terbesar di Malaysia. Tidak semata-mata memberi fokus kepada industri lintah, RZ Agrifarm Resources juga di dalam proses memperkenalkan beberapa produk tanaman yang berpotensi tinggi untuk dimajukan.

Jika lintah membolehkan RZ Agrifarm menembusi pasaran negara China, terkini RZ Agrifarm Resources berjaya menembusi pasaran negara India untuk hasil ekstrak tanaman herba.

Kepada usahawan pertanian dan perternakan, gunakan kelebihan kesuburan tanah kurniaan tuhan untuk meningkatkan taraf ekonomi. RZ Agrifarm Resources sentiasa bersedia untuk bersama-sama dengan anda memajukan industri pertanian dan perternakan demi kemajuan bersama.

Tuesday, February 12, 2008

Info lintah :- Q n A bersama Dr Zaleha, interview oleh Miss Shana

Dipetik dari http://pelintah.9.forumer.com/index.php?showtopic=54






1.Berapakah sela masa (bulan) daripada telur kepada benih lintah?

2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak.

2. Bilakah lintah dianggap matang serta boleh bertelur (pada bulan ke berapa) dan bilakah pula lintah dikira tamat tempoh pembiakannya?

Bila matang tak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Yang paling besar seperti sample dihantar (milik imagna & waang) sudah boleh bertelur. Tamat pembiakan pula dalam 2 hingga 3 tahun. Induk hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Yang 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).

3. Apakah jenis ikan yang sesuai utk diletakkan dalam kolam lintah, bagi mengelakkan jentik-jentik daripada membiak?

Sbg contoh, ikan tiger barb itu sesuai atau tidak?Semua jenis ikan tidak sesuai diletakkan dalam kolam. Sekiranya hendak letak juga, ikan yang bukan karnivor. Jentik-jentik tidak mengapa ada dalam kolam kerana bila ia mati, jentik-jentik akan mereput dan menjadi makanan lintah.

4. Adakah berudu memakan telur lintah?

Tidak, tetapi kalau boleh elakkan kerana berudu mkn pokok.

5. Apakah perbezaan lintah hijau dan lintah coklat secara tepat?

Lintah jenis apakah daripada dua ini yang paling sesuai untuk perubatan?Masih dalam peringkat kajian.

6. Benarkah lintah hanya bertelur 3 kali sahaja, dan lintah mula bertelur pada umur berapa?

Tidak. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Lintah boleh bertelur mengikut saiz lintah paling besar yang telah diberikan pada Dr. Zaleha.

7. Apakah produk lain yang boleh dikeluarkan daripada lintah selain daripada minyak lintah?

Sila ajukan pertanyaan ini pada Dr. Habsah kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membuat ekstrak.

8. Berapakah kepanjangan maksimum seekor lintah yang membesar dan bagaimanakah untuk mengenalpasti lintah yang matang secara tepat?

Untuk mengenalpasti lintah secara tepat, biarkan lintah berpuasa dan kita akan ketahui berapa kepanjangan atau lebar lintah tersebut.

9. Dalam environment bagaimanakah lintah lebih cepat membiak?

Kurang gangguan,
Gelap,
Sikit makan,
Kualiti air pH 7 ke atas,
Oksigen 4 mmg,
Suhu biasa,
Cahaya gelap.

10. Dengan teknologi yang semakin canggih, adakah perubatan menggunakan lintah akan terus relevan dan mendapat permintaan pada masa akan datang?

Insya Allah, selagi ada permintaan.

11. Bagaimanakah cara untuk mengharvest lintah?

Cara manual, iaitu kutip menggunakan tangan.

12. Bagaimanakah ingin mengasingkan induk?

Apabila ingin asingkan induk, telur lintah akan berada di bawah. Dengan sebab itu, lintah-lintah tersebut hendaklah dipuasakan. Sampainya masa untuk beri makanan, ia akan member tarikan kepada lintah, dan kemudian tapis.

13. Bagaimana untuk tentukan spesis lintah?

Melalui mata, testis, corak, dan belah lintah.

14. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengkaji pembiakan lintah?

Pertamanya bila induk lintah diambil, asingkan mengikut saiz. Letakkan di dalam tangki mengikut saiz dan Dr. Zaleha mencadangkan supaya letak di dalam bekas yang jernih supaya dapat melihat perkembangan lintah (seperti akuarium). Kata Dr. Zaleha lagi, meletakkan pokok adalah tidak perlu, tetapi pastikan keadaan kolam/tangki gelap.

Saturday, December 22, 2007

Lintah RM60 sekilogram

Artikel ini dipetik dari sisipan Zoom Berita Harian Sabtu 22.12.2007, ditulis oleh Shamsul Kamal Amarudin


Lintah RM60 sekilogram – Penghisap darah laris untuk produk kecantikan, kesihatan

Ringkasan artikel:-

Pengusaha lintah ini Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, 34 beribu pejabat di Selama, Perak, telah mengusahakan ternakan lintah ini bersama dengan ibu mereka Rahidah Wahid, 50, kira-kira enam bulan yang lalu.

Mereka bermula dengan modal RM40,000 dengan RM30,000 duit sendiri dan RM10,000 pinjaman dari Bank Rakyat dan mula membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu ukuran 18 meter x 6 meter di kampong Telok Mas, Selama, Perak.

Kemudian, induk lintah dibeli sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kg, berharga RM3,600 dari Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai makanannya. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah.

Setiap kolam juga akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan ‘bermain-main’ selain binaan bata-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat memgumpul telur dan pembiakan. Jaring plastik hitam juga diletakkan di atas pokok kiambang sebagai bumbong untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.

Roziana menjangkakan setiap satu kolam boleh menghasilkan kira-kira 100 kg lintah dan mampu memberi pulangan RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

Katanya lagi, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan ‘induk’ atau ‘ibu’ lintah membiak lebih banyak benihnya bagi memastikan kitaran hidup haiwan itu berterusan.

Haiwa itu perlu dijual segera apabila sudah dewas kerana jangka hayatnya pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

Info tambahan:

  • Untuk sekilogram lintah, memerlukan 30 – 40 kg belut. Juga, lintah boleh makan anak katak, larva terampai dalam air dan umbut daun tertentu.
  • Boleh membesar 6 – 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 – 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

ps: Kolam bersaiz 5 x 10 kaki yang dicadangkan oleh Agri Farm seperti link kursus diblog ini lebih praktikal dari yang dibuat oleh pengusaha ini.

Agri Farm menawarkan kontrak beli lintah dengan harga RM70 sekilogram dan menjual induk dengan harga RM1.80 seekor. Sekarang ini, kos membina kolam simen bersaiz 5 x 10 x 3(t) kaki berharga lebih kurang RM1000 (upah Indon) harga upah sama dengan harga barang. Atau boleh dapat tangki kanvas berukuran 4 x 15 kaki dengan harga RM1300 seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini.

Tangki kanvas ini sesuai untuk mereka yang menyewa rumah taman lot korner atau bekembar. Senang untuk pindah-randah.

Setiap kolam dimasukkan 300 ekor lintah induk dan dijangka menghasilkan minima 120 kg lintah dewasa selepas 6 bulan.