Saturday, December 22, 2007

Lintah RM60 sekilogram

Artikel ini dipetik dari sisipan Zoom Berita Harian Sabtu 22.12.2007, ditulis oleh Shamsul Kamal Amarudin


Lintah RM60 sekilogram – Penghisap darah laris untuk produk kecantikan, kesihatan

Ringkasan artikel:-

Pengusaha lintah ini Mohd Jantan Abu Hassan, 36, suami Roziana, 34 beribu pejabat di Selama, Perak, telah mengusahakan ternakan lintah ini bersama dengan ibu mereka Rahidah Wahid, 50, kira-kira enam bulan yang lalu.

Mereka bermula dengan modal RM40,000 dengan RM30,000 duit sendiri dan RM10,000 pinjaman dari Bank Rakyat dan mula membina dua kolam dan ditambah empat kolam lagi dengan setiap satu ukuran 18 meter x 6 meter di kampong Telok Mas, Selama, Perak.

Kemudian, induk lintah dibeli sebagai baka pembiakan sebanyak 12 kg, berharga RM3,600 dari Art Soulist Sdn Bhd, syarikat pengeluar dan pengedar produk berasaskan kecantikan dan kesihatan.

Setiap kolam diisi dengan dua kilogram lintah induk dan diberikan belut yang dibeli pada harga RM6.50 sekilogram sebagai makanannya. Darah belut dikenal pasti sebagai paling berkhasiat untuk lintah.

Setiap kolam juga akan disediakan pokok kiambang untuk lintah berlindung dan ‘bermain-main’ selain binaan bata-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat memgumpul telur dan pembiakan. Jaring plastik hitam juga diletakkan di atas pokok kiambang sebagai bumbong untuk mengelakkan bahang pancaran matahari.

Roziana menjangkakan setiap satu kolam boleh menghasilkan kira-kira 100 kg lintah dan mampu memberi pulangan RM6,000 bagi setiap tempoh pusingan pembiakannya selama empat bulan.

Katanya lagi, walaupun lintah sudah boleh dijual selepas empat bulan ia diternak, untuk peringkat permulaan ia memerlukan tempoh lebih panjang bagi membolehkan ‘induk’ atau ‘ibu’ lintah membiak lebih banyak benihnya bagi memastikan kitaran hidup haiwan itu berterusan.

Haiwa itu perlu dijual segera apabila sudah dewas kerana jangka hayatnya pendek iaitu antara tujuh hingga lapan bulan saja sebelum dia mati.

Info tambahan:

  • Untuk sekilogram lintah, memerlukan 30 – 40 kg belut. Juga, lintah boleh makan anak katak, larva terampai dalam air dan umbut daun tertentu.
  • Boleh membesar 6 – 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 – 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.

ps: Kolam bersaiz 5 x 10 kaki yang dicadangkan oleh Agri Farm seperti link kursus diblog ini lebih praktikal dari yang dibuat oleh pengusaha ini.

Agri Farm menawarkan kontrak beli lintah dengan harga RM70 sekilogram dan menjual induk dengan harga RM1.80 seekor. Sekarang ini, kos membina kolam simen bersaiz 5 x 10 x 3(t) kaki berharga lebih kurang RM1000 (upah Indon) harga upah sama dengan harga barang. Atau boleh dapat tangki kanvas berukuran 4 x 15 kaki dengan harga RM1300 seperti yang ditulis dalam artikel sebelum ini.

Tangki kanvas ini sesuai untuk mereka yang menyewa rumah taman lot korner atau bekembar. Senang untuk pindah-randah.

Setiap kolam dimasukkan 300 ekor lintah induk dan dijangka menghasilkan minima 120 kg lintah dewasa selepas 6 bulan.

Friday, December 21, 2007

Lembah Hijau matlamat Jamilah



Artikel ini dipetik dari Sisipan Mega Utusan Malaysia Jumaat 21.12.2007 tulisan Hashim P.Mamat.

Ladang yang dimajukan dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan ayam dan kolam dengan menggunakan sistem kitar semula serta mesra alam menjadikannya kawasan ‘Lembah Hijau’ yang menarik.

Sekiranya terlaksana ia boleh dijadikan satu ladang contoh untuk menjadi ikutan peladang yang lain, bukan sahaja menjimatkan belanja menguruskan ladang, tetapi mengelakkan berlaku pencemaran alam sekitar.

Peladang Jaya Wanita 2006, Jamilah Ali Mohamed, 57, berkata, inilah satu harapannya dalam penyusunan program ladang seluas 116 hektar di Kampong Bekut, Sungai Siput untuk menjadikan satu realiti bukan sahaja satu impian.

Kesungguhannya dibantu sokongan suami dan anak mampu menjayakan projek-projek yang dirancang termasuk termasuk penggunaan baja organik untuk sayuran.

Mengikut perancangan Jamilah dan keluarganya, apabila semua projek yang terdiri daripada ladang sayur-sayuran, ternakan ayam daging dan ternakan ikan keli dipindahkan ke Kampong Bekut, semua bahan buangannya dapat dikitar semula sepenuhnya.

Jamilah memberitahu, penglibatan mereka dalam bidang tersebut bermula pada tahun 2000 dengan projek ternakan ayam pedaging bermula dengan 60 ekor dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Selepas itu, bilangannya ditambah kepada 200 ekor melalui modal sendiri dan 5,000 ekor lagi dari wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semasa bekerja di Ladang Getah di Sungai Siput.

Projek tersebut diperbesarkan lagi bantuan Bank Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Bank Rakyat berjumlah lebih RM100,000.

Kini ternakan ayam pedagingnya telah mencecah 100,000 ekor dan boleh diternak bagi semusim, menggunakan reban sistem tertutup.

Bagi ternakan ikan keli pula, ia bermula Jun 2004 dengan sembilan kolam konkrit dan empat kolam tanah dibina untuk menampung kapasiti 300,000 ekor anak ikan.

Projek tersebut juga mendapat bantuan termasuk daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Siput dan Jabatan Perikanan.

Mengikut perancangan, permindahan kesemua projek ke kampong Bekut memberikan jawapan kepada matlamatnya untuk membangunkan sebuah kawasan pertanian dinamakan ‘Lembah Hijau.’

Kawasan tersebut bakal menempatkan kolam ikan seluas 30 hektar manakala 20 hektar digunakan bagi ternakan ayam pedaging melibatkan 500,000 ekor ayam. Jumlah tersebut memerlukan pembinaan reban tertutup sebanyak 30 buah.

Selain itu, 40 hektar dikhususkan bagi tanaman sayuran terdiri daripada terung, bindi, labu, bayam, sawi, kacang panjang, kundur, petola dan timun.

Tanah seluas 20 hektar lagi akan dibangunkan dengan projek ternakan lembu tenusu, enam hektar lagi pembinaan kilang baja organik yang diikuti pembinaan pejabat bagi urusan seharian pengurusan dan urusan dengan pelanggan.

“Kami akan cuba sepenuhnya menjadikan tahi ayam dan lembu boleh diproses melalui kilang kepunyaan keluarga bagi membaja kebun sayuran. Air dari kolam ikan keli pula akan disalurkan ke kebun sayur untuk menyiram sayuran,” ujarnya.

Projek tersebut dijangka dilaksanakan mengikut jadual dalam tempoh dua setengah tahun.

Dalam pada itu, anaknya, Jaazman Aziz, 29, bekas seorang juruteknik telah meletak jawatan dari sebuah syarikat swasta turut menceburi bidang pertanian.

Jaazman mengakui anak muda sepertinya mempunyai peluang terbuka luas jika menceburi pertanian secara komersial dan menggunakan teknologi moden.

Menurutnya, buat masa ini hasil sayuran dan ternakan ikan keli dan ayam tidak menjadi masalah untuk memasarkan malahan boleh dijual di sekitar Sungai Siput dan Ipoh mengikut pasaran semasa.

Katanya, setiap bulan mencapai jualan hingga RM79,000 iaitu jualan ayam RM45,000, ikan keli RM30,000 dan sayuran RM2,000 tetapi perolehan ini akan bertambah dengan pembesaran projek seperti yang dihasratkan sebagai lembah hijau itu.

Suami kepada Jamilah, Aziz Abdullah, 63, pula sentiasa memberikan galakan dan perangsang kepada isteri dan anaknya yang berusaha untuk mencapai kejayaan dibidang tersebut.

“Saya bersyukur berkat kerja gigih kami sekeluarga selama tujuh tahun hingga kini sudah mula membuahkan hasil dan kejayaan yang dicapai akan menjadi pendorong yang kuat untuk lebih berjaya dan cemerlang,” tegasnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Zulkipli Idris yang melawat ke kebun sayuran milik keluarga tersebut, berasa bangga dengan pencapaian Jamilah.

Apatah lagi, mereka bukan sahaja menjadikan pertanian untuk kegunaan sendiri semata-mata tetapi juga menjadi usahawan.

Katanya, sektor pertanian berdaya maju sekiranya mereka yang terlibat berpandangan jauh dan berusaha tidak mengenal jemu.

Beliau memuji usaha keluarga peladang jaya wanita tersebut yang mahu menjadikan ladang mereka lembah hijau sebagai kawasan pertanian berdaya maju.

p/s: Saudara Ansar, lima tahun lagi mari kita buat macam ini di Kedah. Tanah, boleh pajak tanah raja. Sempat la kambing kamu berkembang biak.


Saya dengan biras sedang serius memulakan projek ternak lintah. Petang ini, kami akan buat tinjauan kos untuk membina tangki kanvas 5 X 10 X 3(tinggi) kaki. Hari ini dan esok, pekerja indon sedang menyiapkan kolam simen dua buah seperti ukuran di atas di rumahnya. Tangki kanvas ini untuk diletakkan di tepi rumah saya. Ini kerana rumah lot korner itu adalah rumah sewa. Maklumat lanjut boleh rujuk di sini. Gambar ini juga diambil dari web ini.

Sunday, December 16, 2007

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

Rabu, 2007 Disember 05

Berita Tentang Kambing Boer

Malaysia pengeluar daging boer terbesar

KUALA LANGAT 4 Dis. – Malaysia bakal muncul sebagai pusat pengeluar baka dan daging kambing boer terbesar di rantau ini dan Timur Tengah dalam tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Beliau berkata, sasaran tersebut berdasarkan keputusan kementerian untuk membangunkan kawasan penternakan kambing boer seluas 1,480 hektar di Pondok Tanjung, Taiping, Perak.

Beliau berkata, setakat ini 800 hektar tanah sudah dibersihkan dan 200 hektar daripadanya akan digunakan sebagai ladang nukleus pembiakbakaan kambing boer.Menurut beliau, tanah bersebelahan ladang nukleus itu akan digunakan untuk pembinaan infrastruktur dan sebahagiannya akan dipecahkan kepada 50 lot (20 hektar satu lot) supaya penternak berpengalaman yang berminat boleh mengambil bahagian dengan pelbagai bantuan daripada kerajaan

Sasaran kita apabila ladang itu dibangunkan sepenuhnya, kita boleh menghasilkan 100,000 ekor kambing boer pada satu-satu masa.“Tapi itu pun tak mencukupi kerana jika mengikut bilangan penduduk, kita memerlukan antara 5 juta hingga 10 juta ekor pada satu-satu masa,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Lawatan Kerja ke Daerah Kuala Langat di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Seri Dr. Shafie Salleh.

Setakat ini kata Muhyiddin, pihaknya telah membawa masuk 100 ekor baka kambing boer dari Afrika Selatan yang kini diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Haiwan.

Kepada kengkawan penternak dan bakal penternak jangan lepaskan peluang ini kerana kerajaan memerlukan hampir 5 hingga 10 juta ekor kambing dalam satu-satu masa

ps: Wahai saudara ansar..mari kita ambil satu lot.

Tuesday, December 4, 2007

Kursus Ternak Kambing di Bangi, Selangor

Dipetik dari blog kambing Merlong Boer Farm:

Kursus Menternak Kambing di Bangi, Selangor.

Al-Barakah global food industry sdn. bhd., dengan usahasama Bank Pertanian Malaysia, akan mengadakan Kursus Penternakan Kambing di Pusat Latihan Bank Pertanian Malaysia, Bangi, Selangor.

Maklumat adalah seperti berikut:

1. Tarikh : 4-8 Jan 08 dan 25-29 Jan 08.
2. Bayaran: RM20 seorang sahaja.
3. Tempat: Pusat Latihan BPM Bangi dan Ladang Al-barakah, Nilai.
4. Format: 2 hari teori, 3 hari praktikal
5. Tempat tinggal, Makan dan pengangkutan ke ladang pergi/balik disediakan.
6. Maklumat diperlukan: nama, ic, alamat dan contact no.
7. SMS atau email maklumat yg diperlukan ke 013-343-2258 (yusof) atau s50096m@streamyx.com

Wednesday, November 28, 2007

Pemasaran Kontrak dalam Industri Herba

PKNS(Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) telah menganjurkan Seminar Usahawan mengenai Peluang Perniagaan dalam Industri Herba melalui Pemasaran Kontrak pada 21 dan 22 November 2007 yang lepas.

Berikut adalah info yang didapati dari salah seorang peserta kursus ini. (Petikan dari blog Norlela Zubir)

Saya, Maimun (Mun) dan Shaharimah (Syimah) menghadiri klinik usahawan anjuran PKNS pada 21 dan 22 November lalu. Lokasinya di Seminar & Conference Centre, Tingkat 15, Menara PKNS, PJ. Kami berulang-alik Melaka-PJ-Melaka selama 2 hari itu. Perjalanan kami bermula jam 6:30 pagi dan berakhir kira-kira jam 9:00 malam.

Klinik ini membincangkan peluang bisnes dalam industri herba melalui pemasaran kontrak pada hari pertama. Kemudian bagi yang berminat diadakan sesi business match-making dengan 5 syarikat payung pada hari kedua. Pada hari pertama 250 orang peserta hadir dan 150 daripada jumlah itu berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk kami bertiga.
Lima syarikat payung yang terlibat dalam program ini ialah Malaysian Herbal Corporation (MHB), Rentak Timur Sdn. Bhd. (RTSB), BanDar Agro Spice Industries (BASPI), Moro Seri Utama Enterprise (MSUE) dan Phtofolia Sdn. Bhd. (PSB).

Pada hari kedua, para peserta dibahagi kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diberi masa 1 jam untuk mendengar taklimat setiap satu syarikat payung secara bergilir dengan kumpulan lain. Dalam sesi itu, para peserta diberi peluang bertanya apa saja soalan tentang peluang bisnes yang ditawarkan. Kami bertiga dalam kumpulan 4.
Secara ringkasnya setiap syarikat payung itu sudah ada kilang mereka sendiri yang menghasilkan produk-produk seperti ekstrak vanila, rempah-ratus dan pelbagai herba yang diperlukan dalam industri makanan, kosmetik dan pembuatan ubat-ubatan. Mereka menjadi pembekal bahan mentah dan ramuan separa siap kepada syarikat-syarikat seperti Nestle, Adabi, Maggi dan kilang-kilang kosmetik serta pharmaseutikal.

Permintaan untuk bahan mentah herba yang sudah diproses atau diekstrak amat tinggi, baik di dalam mahu pun di luar negara. Ratusan tan diperlukan setiap bulan. Sebagai pembekal, syarikat-syarikat payung itu memerlukan banyak 'contract farmers' bagi mendapatkan herba-herba seperti serai, limau purut, mas cotek, bunga kantan, vanila, cengkih, daun kari, halia, cili, daun bawang dan macam-macam lagi.

Bagi yang berminat, syarikat payung akan mengaturkan siri lawatan dan perbincangan lanjut sehingga akhirnya membuat kontrak perjanjian untuk tempoh beberapa tahun. Yang diperlukan di pihak peserta ialah tanah, sama ada milik sendiri atau dipajak.

Ada jenis tanaman yang memerlukan minima 5 ekar. Ada yang memerlukan minima 1/4 ekar sahaja. Ada juga syarikat payung yang menyediakan tanah seluas 100 ekar dan memerlukan 10 syarikat atau individu untuk menguruskan penanaman.

Teknik menanam, penyediaan benih, cara penanaman, membaja sehingga pengangkutan tuaian di aturkan apabila kontrak sudah ditandatangan. Agensi yang terlibat dalam program ini ialah Kementerian Pertanian Bahagian Industri Herba.Tujuan saya ke klinik tersebut adalah untuk mendapatkan informasi bagi dijadikan bahan tulisan saya untuk terbitan di majalah dan buku-buku seterusnya. Sambil itu saya juga mencari peluang bisnes seandainya sesuai.

Saya bukan rencam, maksudnya hendak buat itu dan ini, tapi sanggupkah melakukannya? Sebenarnya saya sekadar mahu memulakan sesuatu usaha secara kecil-kecilan khasnya dalam industri herba yang mempunyai masa depan cerah ini.

Yang menarik minat saya ialah penanaman mas cotek kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas. Menurut En. Ismail, bos Moro, tanah dusun buah-buahan juga sesuai di sulam dengan pokok-pokok mas cotek.
Syimah dan Mun juga berminat dengan mas cotek. Tadi Syimah menelefon En. Ismail dan beliau bersetuju untuk datang esok bagi melihat tapak dan kesesuaian tanah. Saya pun tumpang sekaki iaitu akan mengajak beliau melawat tanah dusun saya yang luasnya sekangkang kera.

Info lanjut pokok mas cotek: http://www.delto.com.my/sej.htm

ps: Bagi yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut, boleh menghubungi PKNS ditalian 03-42561735 / 7958 4566 / 7958 5455 /013-333 7683 / 017-376 6948 / 017-601 3727 / 016 - 828 6406 dan email: pdnresources@yahoo.com



Wednesday, November 21, 2007

Karektor orang suka makan kambing

Rujukan dari blog kambing Jai Bumi Farm:



Karektor Kambing



Kambing mempunyai karektor seperti berikut;-Tegas.-Berpendirian.-Matang.-Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.-Memahami arahan.-Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.-Tinggi EQ (emotional quotient).-Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.-Tersenyum.


Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memerihara kambing amatlah menyeronokkan.Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.





Rahsia Janggut Dan Senyuman

Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunyai banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam falsafah Hukum Keseimbangan.Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.

Sunday, November 11, 2007

Dua tawaran Kontrak Perladangan dalam surat khabar hari ini.

1. Perniagaan & Penanaman Cendawan Oyster
Anjuran : Dewan Perdagangan Islam Malaysia Negeri Kelanatan (DPMINK)
Tarikh Kursus : 14 & 15 Nov 2007 , Bertempat di Hotel Z & H Jalan Bayam Kota Bahru, Kelantan.
Yuran RM250, Kontak : 09-7471131/7434031
Jaminan kontrak : Peserta yang terpilih akan diuruskan pakej pembiayaan dan jaminan pemasaran
(Rujukan : Berita Minggu bertarikh 11 Nov 2007)

2. Kursus Ternak Lintah secara komersial
Anjuran : Alam Lintah Al Huda Enterprise (Perak) Tel : 05-3571621
Lokasi kursus : Seri Malaysia Ipoh, Jalan Sturrock, Off Jalan Tambun, Ipoh.
Yuran : RM550 - Terbuka kepada Bumiputera.
Jaminan kontrak : Menjadi penternak dan membekal (vendor) yang berdaftar kepada sysrikat kami dan kontrak perladangan selama 3 tahun.
(Rujukan : Metro Ahad bertarikh 11 Nov 2007)

Saturday, November 10, 2007

Projek Inkubator Ternakan Ruminen

LADANG TERNAKAN LEMBU KAMBING ULU YAM: Projek Inkubator Ternakan Ruminen


Projek Inkubator Ternakan Ruminen

Kiriman:ISMAIL HAJI HASHIM
Projek tersebut terletak di Parit Kadir, Senggarang Batu Pahat, Johor.
Hasil usahasama syarikat kami, E Digital Solutions dengan rakan niaga di sana. Syarikat kami merupakan pengimpot dan wakil pemasaran bahan bahan rujukan dari penerbit dari seluruh dunia. Kami mewakili kepentingan lebih dari 170 penerbit ternama dari seluruh dunia tak termasuk dari Malaysia.

Minat saya yang mendalam terhadap ternakanlah yang mendorong saya menimba ilmu dengan mengikuti kursus2 dan seminar2 penternakan.Rakan niaga kami merupakan bekas mahasiswa UM didalam khusus bidang pembiakan kambing. Nama jermasia adalah nama kambing yang kami biakkan di sana hasil kaji selidik UM lebih dari 30 tahun. Jermasia bermaksud baka kambing jantan Jerman dikacukkan dengan baka kambing katjang betina Malaysia, so dapatlah keturunan baka jermasia.Kami tak nak berlumba lumba mengimpot baka boer atau jamnapari atau apa apa baka baka lain seperti orang lain. Biarlah mereka mencuba, kami usahakan apa yang dah ada di tempat kita. Mungkin tak ramai yang nak buat kajian tentang pembiakan kambing, baka boer memang bagus di AU, kat Malaysia nie mana ada baka tersebut yang dah boleh dibanggakan tahan penyakit. Kebanyakan pengimpot tak bawa baka yang baik, kebanyakannya bawa baka yang scrap, lalu kerajaan pun bayar jutaan ringgit sebagai subsidi dan geran untuk biakkan baka boer dan jamnapari scrap.


Untuk baka jamnapari pula, kalau nak jual sup tulang bolehlah ternak baka nie....daging tak banyak. Kalau dah ada boleh lah crosskan induk betina dengan baka lain untuk memendekkan dan membulatkan badan anak2 yang bakal lahir.

Ok berbalik pada projek inkubator ternakan ruminen (kambing dan bebiri) nie, sebenarnya saya dan rakan niaga bertujuan untuk membimbing bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk memulakan bidang perniagaan ini dengan modal yang kecil. Kami sediakan segala kemudahan seperti induk betina, pejantan jermasia, perubatan, penjagaan, pekerja, sewa kandang, permanian beradas (a.i) dari baka jermasia untuk induk yang telah melahirkan anak peringkat kedua dan seterusnya. Bukan itu saja kami juga akan membeli balik anak anak kambing jantan dari peserta inkubator untuk dijadikan sajian makanan. Juga usaha bimbingan untuk menjadikan setiap peserta inkubator sebagai usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.Kami jangkakan dalam masa 2 tahun setengah setiap peserta inkubator, insyaallah akan mendapat anak tidak kurang 50 ekor hasil dari sistem pembiakan yang kami jalankan berasaskan dari 10 ekor induk betina, ini tak termasuk anak anak yang lahir dari pusingan pertama atau kedua betina , yang telahpun melahirkan anak.

Jadi dengan bermodalkan hanya RM13,000.00 sahaja peserta inkubator akan mendapat induk betina sebanyak 10 ekor yang berharga RM10,000.00 sementara RM3000.00 (setiap bulan RM250.00 untuk 10 ekor induk x 12 bulan) untuk bayaran makanan, sewa kandang, gaji pekerja, perubatan, permanian beradas (a.i) dsbnya untuk tempoh setahun. Hasil anak yang lahir adalah kepunyaan mutlak peserta inkubator.Bayaran tambahan untuk anak anak kambing yang lahir dan tak dijual hanya dikenakan kepada peserta inkubator setelah anak anak kambing tersebut berumur lebih 3 bulan dari tarikh kelahiran. Dalam masa kurang 3 bulan, makanan, tempat tinggal anak2 kambing tersebut adalah percuma. Kami mengalakkan supaya peserta inkubator menjual kesemua anak anak jantan dan menyimpan anak anak betina bagi tujuan pembiakan seterusnya.Tiada bayaran tambahan kecuali bayaran insuran gerompok untuk mengelakkan kerugian akibat kematian dsbnya.

Saya masih lagi mencari2 polisi yang boleh underwrites insuran gerompok nie.Kami mengalu alukan bakal bakal usahawan atau sesiapa saja yang berminat untuk menyertai kami dalam Projek Inkubator Ternakan Ruminen (kambing dan bebiri). Kami lakukan pekara ini kerana ianya adalah fardhu kifayah keatas kami dan juga tuntutan Allah dan rasul, ternakan dan perniagaan adalah sunnah rasul.Semuga Allah swt memberkati segala usaha kami didunia dan ahirat, amin.Wassalam, Marhaban Ya Ramadhan Al Mubarak.

Ismail Haji Hashim
Pengarah Urusane Digital Solutions
9-1 Jalan 3/4CDesa Melawati53100 Kuala Lumpur
Tel: +603-4147-4879Fax: +603-6186-4879Mobile: +6012-631-2537
Email :ismail.eds@myjaring.net
jermasia@yahoo.com
Posted by abghalim at 9:52 AM
abghalim

2 comments:
mybob said...
salam semua...saya nak beri komen sikit kepada artikel ni abg halim..saya tak pasti mana abg halim dapat dari mana sumbernya. Tapi apa yang saya boleh komen kenyataannya kurang bernas sedikit..tak pasti sama samada newbie yang tak faham dunia kambing atau saja2 tak faham. Biar apa pun baka apa yang kita nak pelihara itu bergantung pada pengetahuan kita sendiri dan pengalaman kita sendiri. Apa yang kita nak buat..kita buat tapi tak payah lah nak kondem baka lain..sedangkan kita tidak tahu apa yang kita komenkan..realitinya bila sesuatu bidang skalanya menjadi semakin berkembang..sudah tentu ada sahaja pihak yang memanipulasikan sumber yang ada untuk menambah keuntungan..saya sendiri tahu akan kehadiran kambing scrap dari luar negara samada dari australia atau pun indonesia. Tentang baka jermasia saya pun tak nafikan ada potensinya sendiri..saya sendiri pernah pergi ke pusat penyelidikan di UM, malah makan sup kambing jermasia lagi kat situ..video AI ke atas seekor kambing jermasia sebenarnya ada di blog saya dibahagian video gallery..so kalau nak cerita bab jermasia..saya rasa saya tahu apa yang saya boleh komen...well kita tak perlu nak mebanggakan diri dengan cuba mejatuhkan orang lain..saya masih ingat kata ini "dunia kambing di malaysia ni sebenarnya tak sebesar mana..insyallah pusing2 jumpa muka tu juga" jadi hati2 lah dengan apa yang kita nak katakan..kang kena boikot dengan persatuan kambing semalaysia baru tau...hahhahahahahawassalam
October 6, 2007 5:51 PM
abghalim said...
Terima Kasih Mybob dengan komen andaArtikel ini ditulis olehIsmail Haji HashimPengarah Urusane Digital Solutions9-1 Jalan 3/4CDesa Melawati53100 Kuala Lumpur
October 7, 2007 9:48 AM

Memulakan bisnes kambing

Wednesday, 8 August 2007

Dipetik dari laman blog Bro kamal :

Pertanyaan ... Bagaimana Memulakan Biznes Kambing

Baru-baru ini Bro menerima email dari rakan kita Rose dan Fakhrul, bertanyakan bagaimana memulakan biznes kambing ini: "common question" dikalangan bakal penternak. Harap Rose dan Fakhrul tak kesah dengan penyiaran ini sebab Bro pun mempunyai soalan yang sama pada permulaannya.Nota: Soalan dan Jawapan diedit untuk kesesuaian

Fakhrul:Saya amat berminat untuk bukak ladang kambing.. tapi, saya selalu dipandang rendah bila discuss benda ni dengan keluarga..
Saya nak mintak pandangan bro kamal.. macamana nak mulakan benda ni.. hmm.. terima kasih banyak ya..

Rose: I just nak tanya...i nak mencuba bidang penternakan kambing ni, boleh tak bro beri sedikit tips untuk memulakan bis ni dan boleh tak bro beritahu saya serba sedikit mengenai modal/capital yang diperlukan, berapa pulangannya, mature age dan lain lain.

Jawapan Bro: Jangan gusar sangat tentang komen keluarga. Biasa le tu .. niat mereka baik, rasanya diaorang risau jika Fakhrul teruskan tapi terbengkalai di tengah jalan. Lebih mudah kerja makan gaji.
Mana-mana biznes pun ada yang berjaya dan ada yang terbengkalai; sebab-sebab terbengkalai berbagai-bagai. Bagi kita yang ingin ceburkan diri perlu mengenalpastinya supaya kita tak buat "the same mistake", atau jika "make the mistake" perlu peka kepada jalan-jalan penyelesaiannya.

Tentang biznes kambing ni, bagi Bro, ianye tiada secret, dan ianya juga tiada shortcut; perlu perancangan dan penyelidikan. Tapi, macam biznes lain-lain jugak, tak ada mustahilnya.
Titik mula, amati dan fahaminya dan tanya diri kita samada ini biznes kita dulu. Kite kena ketahui kenapa kita dalam line bisnez ini dan bukan biznes lain - minat penting kerana ianya boleh menguatkan semangat bila hadapi problem nanti.

Buatkan rancangan perniagaan kita. Jangan tiru orang, tapi guna pengalaman/kertas kerja orang sebagai petunjuk jalan - RP ini sebagai guide arah tuju kita dan juga kayu pengukur pada perjalanan biznes, penilai samada kita ni tersasar atau on target.
Kaji pasaran apabila kita nak tentukan corak biznes kita - nak buat trading/breeding atau sebaliknya, nak kambing jenis apa (boer? Jamnapari? Katjang? Jermasia?). Selidik siapa target klien kita. Jangan lupa hebahkan biznes kita, mana orang nak tau jika tak dihebahkan. Ada cerita saya dengar orang sekampung pun tak tau diaorang bela kambing.

Jangan bersendiri, bina jaringan rakan-rakan penternak. Pasaran besar sebenarnye jadi tak perlu risau. Saya berpegang pada kata-kata "setiap orang ada rezeki masing-masing." Malahan, bila nak buat proposal kepada agensi-agensi kerajaan lebih mudah bila kita dalam kumpulan.

Ringkasan tip-tip Bro memulakan ternakan ni boleh rujuk post Bro pada 2 Julai lepas, titlenye: memulakan biznes ternakan kambing anda.

Rakan-rakan juga boleh rujuk blog rakan-rakan tani lain yang Bro senaraikan di blog Bro. Macam-macam tip dan cerita tentang kambing ada di situ. Anda juga boleh rujuk forum-forum; di situ ada penternak-penternak (bakal, baru dan otai) yang memberi tip, pendapat dan komen yang boleh dijadikan panduan.

Lagi satu, lawati kandang rakan-rakan penternak, tengok sendiri dan tanya aje apa-apa yang terbuku dihati. Takpun join skali bila kitorang mengeteh...

Ikhlas,
Bro Kamal



Tambahan : Jika anda ke Baling boleh lawat ke sini..rujuk gambar.




Pejabat kat Kulim.



Lagi, tip dari Bro Kamal..


Friday, 22 June 2007

Kenapa Biznes Gagal? Belajar Dari Kesilapan


Salah satu cara untuk mencorakkan kejayaan biznes kita ialah dengan melihat dan memahami pengalaman usahawan-usahawan yang terdahulu dari kita. Antaranya ialah mengambil iktibar dari kesilapan usahawan-usahawan itu sendiri.


Belajar dari kesilapan adalah satu pengalaman berharga biznes; namun, belajar dari kesilapan usahawan terdahulu membolehkan kita mengelak dari membuat kesilapan yang sama, terutamanya "costly mistake" yakni kesilapan yang memberi impak besar kepada perancangan biznes kita.


Di sini disenaraikan antara kesilapan-kesilapan yang boleh menggagalkan sesuatu biznes:


Gagal Membuat Pelan Biznes:Perlu memahami konsep menyeluruh biznes seperti objektif, misi, visi, aturan dan pelan pengurusan, pentadbiran dan operasi, pelan kewangan, strategi pemasaran dan analisa pasaran (Perlu memahami konsep penternakan kambing. Contoh konsep penternakan kambing Arah Padu Enterprise : - KONSEP PENTERNAKAN KAMBING

Tujuan


Tujuan utama pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk mendapatkan baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)


Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

SISTEM PENTERNAKAN


Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung (intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).

Sistem Berkurung (intensif)


Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Sistem Intensif


Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot. Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan seluas 2 ekar.


Penyimpanan rekod

Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu ada dan dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan akhirnya keuntungan bidangusaha.


Pemakanan

Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada system pengeluaran kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan kadar pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.

Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan yang berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;

Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4
Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12


Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari, dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.


PEMBIAKBAKAAN

Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan ) sebagai baka asas di permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan.

Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada penambahbaikan baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.
2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka.

Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.)


Gagal Mengendali Akaun Biznes:berlaku pembaziran, kegagalan memantau aliran tunai (Selepas 2-3 tahun memulakan operasi)


Gagal Membuat Kajian Pasaran


Pemasaran Tidak Efektif
(Kegagalan dalam memasarkan kambing)


Fikir-fikirlah corak dan perjalanan pengurusan, pentadbiran dan operasi biznes anda
Posted by Bro Kamal at 18:11 0 comments
Labels:

Tuesday, November 6, 2007

Maju tani seiring ICT

Tarikh : 04.11.2007 (Ahad)
Sumber : Mingguan Malaysia

Maju tani seiring ICT

PROF. DR. RAMLI ABDULLAH.

Firman Allah: Bersiap sedialah kamu bagi menghadapi musuh menurut kemampuan kamu dengan segala kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan berkuda yang lengkap bersedia bagi menakutkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu. (Al-Anfaal: 60)
Perintah ini menghendaki umat Islam bukan sahaja bersiap sedia dari segi ketenteraan tetapi juga dalam segala hal. Ini termasuklah sektor pertanian kerana manusia perlu makan untuk hidup.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, umat Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan supaya dapat menandingi negara Barat dari segi pengeluaran produk makanan dan juga hasil ternakan.

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, SAHARUDIN ABDULLAH menemu bual pakar Bioteknologi Reproduktif Haiwan, Universiti Malaya, Prof. Dr. Ramli Abdullah bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah status negara dalam sektor pengeluaran makanan kini?

DR. RAMLI: Malaysia adalah negara yang dikurniakan tanah yang subur. Pendek kata, campak saja benih di sekeliling rumah, pokok akan tumbuh, insya-Allah. Contohnya, rebung dan pucuk paku yang boleh dikutip di sekeliling kawasan rumah di kampung.
Kehijauan dan kesuburan yang dikurniakan oleh Allah ini kadang-kala menyebabkan ramai kita lupa akan kepentingan memajukan sektor pertanian. Ramai yang selesa dan beranggapan tidak perlu meneroka sektor ini. Oleh itu, tumpuan diberi dengan meluas kepada pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan sektor lain.
Hakikatnya, seluruh manusia di muka bumi ini bergantung kepada makanan. Kita akan ‘bising’ apabila tidak cukup makan. Hatta, kita juga mula gelabah apabila harga barang makanan seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran naik.
Ramai yang beranggapan apabila negara sudah maju, pertanian tidak perlu lagi. Sedangkan kita masih banyak mengimport makanan termasuk daging lembu dan kambing.
Sebenarnya, inilah ‘Pelan Agung’ negara asing yang suka melihat kita dibuai pandangan begini. Tujuannya untuk melalaikan kita.
Saya melihat ini sebagai perang zaman baru yang bukan lagi mengangkat senjata sebagai mana perang konvensional tetapi lebih kepada penjajahan minda. Ini lebih bahaya.

Apakah teknologi terkini dalam bioteknologi yang terbukti berkesan meningkatkan produktiviti dan hasil ternakan dalam negara?

DR. RAMLI: Untuk mengelak negara terus bergantung kepada pihak asing terutama Barat, umat Islam mesti menguasai ilmu. Ini termasuklah ilmu dalam bidang pertanian.
Sebab itu, kita perlu betulkan persepsi mengatakan pertanian tidak penting. Sebaliknya ia harus dilihat sama penting dengan kemajuan ICT serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Kita mempunyai sumber yang banyak tetapi sayangnya kita tidak pandai mengurus. Kita memiliki kawasan tanaman hijau yang luas, kita mempunyai pelbagai haiwan ternakan tetapi kita tidak banyak mengkaji untuk memajukannya. Antara sebabnya, kita selesa kerana cukup makan.
Tetapi sebenarnya, kebanyakan makanan kita diimport dalam jumlah yang besar dan melibatkan kos yang amat tinggi. Alhamdulillah, kerajaan menyedari hal ini dan kembali meletakkan pertanian sebagai enjin pertumbuhan negara yang ketiga.
Ramai yang mempersoalkan apa perlunya bioteknologi dalam penanaman terung atau bendi, ternakan kambing, lembu dan sebagainya.
Hakikatnya, kita memerlukan bioteknologi untuk meningkatkan pengeluaran tanaman dan ternakan yang bermutu. Dan matlamat itu pula hendak dicapai dengan cepat dan banyak serta bermutu.
Contohnya, kita mempunyai kira-kira 290,000 ekor kambing dalam negara tetapi kita perlu sembelih 800,000 ekor setahun. Jadi dari mana kita hendak dapatkan bekalan ini?
Melalui bioteknologi, kita menggunakan kaedah seperti permanian beradas dan pemindahan embrio untuk menggandakan bilangan ternakan. Lama-kelamaan, masalah pergantungan daging import dapat diatasi.

Dalam kesibukan kita menjayakan hab halal, antara aspek penting yang kurang disedari oleh keupayaan pengeluar Islam membekalkan produk makanan. Apakah peranan usahawan Muslim dalam hal ini?

DR. RAMLI: Bagi menjayakan hasrat murni ini, umat Islam bertanggungjawab menerajui bidang ini. Kita tidak boleh harapkan orang lain sebab makanan halal ini adalah penting bagi umat Islam. Prosesnya adalah kompleks.
Namun, yang lebih penting lagi ialah rantaian penghasilan makanan mestilah mengikut landasan yang betul dan dibenarkan syarak. Contohnya, penghasilan daging, ia hendaklah halal bermula daripada sumber produksi dan bentuk makanan, jenis perniagaan, proses sembelihan sehinggalah daging itu sampai kepada pengguna.
Sebagai muslim, kita perlu pastikan bahawa makanan untuk ternakan lembu dan kambing itu mesti berasas benda yang halal, wang punca perniagaan juga mesti halal.
Asas utama ialah penyediaan makanan yang halal lagi baik. Makanan yang halal ialah yang suci daripada najis manakala yang baik pula ialah yang ‘cuci’ daripada segala bahan organik atau pencemaran.
Kalau makanan itu tidak halal sudah tentu ia menjejaskan pembinaan modal insan yang suci. Sebabnya bahan makanan ini menjadi darah daging kita. Makanan yang baik menyucikan hati.
Bagi saya, hati yang jernih bagi semua insan amat penting dan ini dapat menghindar daripada segala penyakit masyarakat sama ada penyakit fizikal mahupun penyakit jiwa yang berleluasa masa kini.
Rasulullah bersabda, Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan hati. (riwayat Muslim)
Kita juga hendaklah melibatkan petani-petani kecil di kampung dalam jaringan perusahaan tani. Apabila berjaya, jangan lupa tunaikan zakat untuk mengembalikan sebahagian hak masyarakat daripada keuntungan itu.

Apakah batas-batas yang perlu dipatuhi dalam memastikan penggunaan bioteknologi tidak menyalahi tabie, sosial dan agama?

DR. RAMLI: Yang pertama, mesti elak daripada menggunakan teknologi yang bertentangan dengan agama. Kejayaan mengklon haiwan ternakan tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya mengklon manusia.
Kita juga tidak boleh menggunakan baja organik daripada binatang yang haram dimakan seperti najis babi atau bangkai.
Sebab itu, mesti ada garis panduan yang jelas dalam perkara ini. Untuk menghasilkan makanan, sumbernya mesti betul.
Jangan digunakan antibiotik dalam ternakan untuk tumbesaran yang cepat kerana ia boleh merosakkan kesihatan. Aspek keselamatan makanan perlu diberi perhatian utama.
Kita mesti perhalusi hal-hal begini. Memang susah melakukannya tetapi kita kena buat. Sensitiviti umat Islam perlu dijaga. Jangan campur tempat menyimpan makanan halal dengan yang tidak halal.

Apakah kebimbangan yang boleh membawa kepada ancaman keselamatan kepada manusia dengan pergantungan makanan ini?

DR. RAMLI: Pertanian adalah kuasa. Kalau tidak cukup makan, masyarakat akan hancur, pelbagai sengketa akan berlaku.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menyebut, orang Melayu jika lemah dalam pertanian akan hancurlah bangsa itu.
Lumrahnya, apabila sesebuah negara itu muncul sebagai negara pengeluar makanan pasti ada yang cemburu. Mereka ini cuba merosakkan negara tersebut.
Caranya pula bukanlah sukar. Ia boleh dilakukan melalui senjata biologi. Contohnya, mereka boleh membekalkan makanan yang tercemar sama ada oleh virus atau mutasi genetik kepada masyarakat. Inilah kebimbangan yang tidak boleh diketepikan sama sekali.
Sebaliknya, jika kita mampu mengeluarkan makanan pada tahap sara diri, kita tidak perlu rasa was-was. Lagipun makanan yang halal dan baik itu boleh dimakan oleh semua orang yang berlainan agama dan bangsa.
Sebab itu, memajukan sektor pertanian ini ada kaitan dengan maqasid syariah (matlamat pensyariatan syariat) dalam menjaga nyawa, selain agama, akal, keturunan dan harta.
Lagipun, kemajuan bioteknologi pertanian manfaatnya bukan terhad untuk pertanian sebaliknya turut meliputi bidang perubatan dan farmaseutikal.
Contohnya, dalam bidang bioorgan. Bolehkah kita memindahkan jantung kambing kepada manusia atau susu kambing diproses untuk menghasilkan insulin kepada pesakit diabetes? Proses dinamik dalam hidup ini memerlukan kepada kajian menyeluruh termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sunday, November 4, 2007

Kursus Ternak Kambing - Lawatan Ke Ladang

Tarikh : 23.10.2007 ( Selasa)
Masa : 2:30 hingga 4:30 petang
Lokasi : Ladang kambing Tuan Haji Abdul Halim, Kampung Pelet, Penanti, Pulau Pinang.

Disertakan gambar-gambar dan keterangan yang berkaitan.


Pintu masuk ke Ladang Mutiara Kristal..Dr. Ismail (berbaju merah hati)dari Jabatan Veteriner sedang memberi kata pendahuluan sebelum keterangan lebih mendalam mengenai ladang disampaikan oleh Tuan Haji Abdul Halim.

Wad 'kanak-kanak' :- anak-anak kambing diasingkan di sini.






Si telinga panjang tu - Jamnapari, yang warna putih tu - Jawa Putih. Mengikut seorang kawan peserta kursus, orang Terengganu sangat suka kambing Jawa Putih ini untuk dibuat kenduri..Tidak tahu pula kenapa ya?



Cantik-cantik kan kambing Tuan Haji ni..Kamu juga boleh membeli baka dari Tuan haji..Harga antara RM1500 ke Rm2500 tengok jenis. Ada seorang abang, juga peserta kursus menawarkan kambing baka jantan berusia 2 tahun jenis Boer kepada saya denga harga RM1300 - 'special price' katanya.

Jenis bumbong, bentuk dua sisi untuk pengaliran udara yang baik.


Putih melepak 'mak dara' ni + bunting lagi. Ini kambing seorang kakak (peserta kursus) yang membeli kambing dari Tuan Haji, tapi belum dapat memasukkan kambingnya ke kandang kerana belum siap 'wiring'. Semua ada 20 ekor, termasuk baka dan 'mak dara' yang sudah bunting belaka. Sewa 'hotel' yang dikenakan oleh Tuan haji kepada beliau ialah RM2.80 sehari. Jadi, kalau 20 ekor..kira lah sendiri.
'Otomatic water drip' di Ladang Tuan Haji..
Pandangan sisi - comot sikit.
Duduk lepak - tunggu makanan petang.
Kambing cap anak dan ibu.
'Baby' yang mesra.
Antara tangki air yang diletakkan di atas kandang. Tuan Haji menggunakan air 'boring' - sumber air bawah tanah untuk kegunaan ladangnya.
Lagi, di antara kambing yang kakak beli.

Tuan Haji membuat jambatan(brigde) untuk menghubungkan kandang ke kandang. Bumbong biru itu, jambatan satu dan satu lagi jambatan dua. Semuanya ada tiga kandang.
Jarak lantai- 1/2 ke 1 inci.
Laluan pekerja untuk meletakkan makanan ke dalam palong - berpagar.
Palong makanan - kosong? Bukan time makan.
Wah! nampak ganas Boer ni.
Rambut panjang - kena trim sikit. Nanti takut naik kutu.
Saja hendak tunjuk gigi..he he. Gigi kambing pun putih.
Jangan lupa buat kad pengenalan - tag kat telinga.
Banyak bilik dan jenis, hotel tiga bintang ni.
Seorang pekerja Bangla sedang memproses makanan kambing. Tuan Haji menggunakan tiga orang pekerja Bangla untuk menguruskan ladangnya.

Saturday, November 3, 2007

Kursus Ternak Kambing di Kelab Safira, Pulau Pinang

Tarikh Kursus : 23 dan 24 Oktober 2007
Tempat : Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kehadiran : 30 Peserta.
Anjuran : Jabatan Veterinar, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Kos : Percuma.

Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam dengan hp Sony Ericsson K618i.
Ciri-ciri baka jantan yang baik..



Lantai plastik moden untuk kambing anda..Kos sekeping?? (Baru nak survey)
Ini..baka betina yang baik kot.


Kedudukan kandang yang sesuai. Ikut arah utara selatan.Bentuk tangga yang sesuai untuk kambing anda. Sila ikut spesifikasi yang betul supaya nanti tidak menyusahkan diri dan kambing anda.Jarak antara dua kandang. Walau bagaimanapun kandang ini tidak ikut spec yang betul. Tinggi mahu 10 kaki.Magic box - Sebagai wad bersalin atau wad kecemasan dan nuseri.

Paip titisan air otomatik.Design kandang..
Bentuk-bentuk kandang. Pilihlah yang mana mampu dibuat dan yang paling diminati.
Palong makanan dan tempat laluan pekerja untuk meletakkan makanan. Sepatutnya ada pagar ni..kalu jatuh, boleh parah ni.

Ini pun boleh, kalau sudah sengkek sangat.

Rumah lama yang telah ditinggalkan, pun boleh dijadikan kandang. Ini lebih baik dari dibiarkan hantu raya menumpang atau hantu langsuir bergayut.

Ada lagi, nanti sambung..Lawatan ladang ke Kandang Haji Abdul Halim di Kampung Pelet, Pulau Pinang.


Maklumat lanjut :- Di sini..