Dipetik dari laman blog Bro kamal :
Pertanyaan ... Bagaimana Memulakan Biznes Kambing
Baru-baru ini Bro menerima email dari rakan kita Rose dan Fakhrul, bertanyakan bagaimana memulakan biznes kambing ini: "common question" dikalangan bakal penternak. Harap Rose dan Fakhrul tak kesah dengan penyiaran ini sebab Bro pun mempunyai soalan yang sama pada permulaannya.Nota: Soalan dan Jawapan diedit untuk kesesuaian
Fakhrul:Saya amat berminat untuk bukak ladang kambing.. tapi, saya selalu dipandang rendah bila discuss benda ni dengan keluarga..
Saya nak mintak pandangan bro kamal.. macamana nak mulakan benda ni.. hmm.. terima kasih banyak ya..
Rose: I just nak tanya...i nak mencuba bidang penternakan kambing ni, boleh tak bro beri sedikit tips untuk memulakan bis ni dan boleh tak bro beritahu saya serba sedikit mengenai modal/capital yang diperlukan, berapa pulangannya, mature age dan lain lain.
Jawapan Bro: Jangan gusar sangat tentang komen keluarga. Biasa le tu .. niat mereka baik, rasanya diaorang risau jika Fakhrul teruskan tapi terbengkalai di tengah jalan. Lebih mudah kerja makan gaji.
Mana-mana biznes pun ada yang berjaya dan ada yang terbengkalai; sebab-sebab terbengkalai berbagai-bagai. Bagi kita yang ingin ceburkan diri perlu mengenalpastinya supaya kita tak buat "the same mistake", atau jika "make the mistake" perlu peka kepada jalan-jalan penyelesaiannya.
Tentang biznes kambing ni, bagi Bro, ianye tiada secret, dan ianya juga tiada shortcut; perlu perancangan dan penyelidikan. Tapi, macam biznes lain-lain jugak, tak ada mustahilnya.
Titik mula, amati dan fahaminya dan tanya diri kita samada ini biznes kita dulu. Kite kena ketahui kenapa kita dalam line bisnez ini dan bukan biznes lain - minat penting kerana ianya boleh menguatkan semangat bila hadapi problem nanti.
Buatkan rancangan perniagaan kita. Jangan tiru orang, tapi guna pengalaman/kertas kerja orang sebagai petunjuk jalan - RP ini sebagai guide arah tuju kita dan juga kayu pengukur pada perjalanan biznes, penilai samada kita ni tersasar atau on target.
Kaji pasaran apabila kita nak tentukan corak biznes kita - nak buat trading/breeding atau sebaliknya, nak kambing jenis apa (boer? Jamnapari? Katjang? Jermasia?). Selidik siapa target klien kita. Jangan lupa hebahkan biznes kita, mana orang nak tau jika tak dihebahkan. Ada cerita saya dengar orang sekampung pun tak tau diaorang bela kambing.
Jangan bersendiri, bina jaringan rakan-rakan penternak. Pasaran besar sebenarnye jadi tak perlu risau. Saya berpegang pada kata-kata "setiap orang ada rezeki masing-masing." Malahan, bila nak buat proposal kepada agensi-agensi kerajaan lebih mudah bila kita dalam kumpulan.
Ringkasan tip-tip Bro memulakan ternakan ni boleh rujuk post Bro pada 2 Julai lepas, titlenye: memulakan biznes ternakan kambing anda.
Rakan-rakan juga boleh rujuk blog rakan-rakan tani lain yang Bro senaraikan di blog Bro. Macam-macam tip dan cerita tentang kambing ada di situ. Anda juga boleh rujuk forum-forum; di situ ada penternak-penternak (bakal, baru dan otai) yang memberi tip, pendapat dan komen yang boleh dijadikan panduan.
Lagi satu, lawati kandang rakan-rakan penternak, tengok sendiri dan tanya aje apa-apa yang terbuku dihati. Takpun join skali bila kitorang mengeteh...
Ikhlas,
Bro Kamal
Tambahan : Jika anda ke Baling boleh lawat ke sini..rujuk gambar.
Pejabat kat Kulim.
Lagi, tip dari Bro Kamal..
Friday, 22 June 2007
Kenapa Biznes Gagal? Belajar Dari Kesilapan
Salah satu cara untuk mencorakkan kejayaan biznes kita ialah dengan melihat dan memahami pengalaman usahawan-usahawan yang terdahulu dari kita. Antaranya ialah mengambil iktibar dari kesilapan usahawan-usahawan itu sendiri.
Belajar dari kesilapan adalah satu pengalaman berharga biznes; namun, belajar dari kesilapan usahawan terdahulu membolehkan kita mengelak dari membuat kesilapan yang sama, terutamanya "costly mistake" yakni kesilapan yang memberi impak besar kepada perancangan biznes kita.
Di sini disenaraikan antara kesilapan-kesilapan yang boleh menggagalkan sesuatu biznes:
Gagal Membuat Pelan Biznes:Perlu memahami konsep menyeluruh biznes seperti objektif, misi, visi, aturan dan pelan pengurusan, pentadbiran dan operasi, pelan kewangan, strategi pemasaran dan analisa pasaran (Perlu memahami konsep penternakan kambing. Contoh konsep penternakan kambing Arah Padu Enterprise : - KONSEP PENTERNAKAN KAMBING
Tujuan
Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.
SISTEM PENTERNAKAN
Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung (intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).
Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.
Sistem Intensif
Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot. Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan seluas 2 ekar.
Penyimpanan rekod
Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu ada dan dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan akhirnya keuntungan bidangusaha.
Pemakanan
Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada system pengeluaran kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan kadar pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.
Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan yang berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;
Nutrien Kandungan (%)
Bahan Kering 90.4
Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12
Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari, dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.
PEMBIAKBAKAAN
Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan ) sebagai baka asas di permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan.
Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada penambahbaikan baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:-
1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.
2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka.
Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.)
Gagal Mengendali Akaun Biznes:berlaku pembaziran, kegagalan memantau aliran tunai (Selepas 2-3 tahun memulakan operasi)
Gagal Membuat Kajian Pasaran
Pemasaran Tidak Efektif (Kegagalan dalam memasarkan kambing)
Fikir-fikirlah corak dan perjalanan pengurusan, pentadbiran dan operasi biznes anda
Posted by Bro Kamal at 18:11 0 comments
Labels: Asas Perniagaan
1 comment:
Salaam ^_^ Apa khabar semua? Best jugak ikut korang citer bisnes. I pun ada buat bisnes kecik2. visit www.automessenger.blogspot.com ^_^
Post a Comment