Friday, September 26, 2008

Tangki I - Cage untuk penternak keli

I - Cage untuk penternak keli (AgroBiz Online 260908)

Oleh LAUPA JUNUS


Yusra Sabar menunjukkan ikan yang diternak menggunakan sistem I-Cage

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0926&pub=Utusan_Malaysia&sec=AgroBiz&pg=ag_01.htm

Keghairahan kepada ternakan ikan keli di kalangan masyarakat semakin melonjak ketika ini dengan adanya teknologi baru yang diperkenalkan.

Tangki kitar semula kini antara yang popular selain penggunaan kanvas bagi menyaingi kaedah sedia ada iaitu ternakan dalam tangki konkrit atau kolam tanah.

Terbaru, sebuah syarikat tempatan turut menawarkan teknologi baru dalam ternakan ikan keli, Rotocraft Technologies (M) Sdn. Bhd. (RTSB) yang menawarkan pakej jenama i-Cage.

Pakej i-Cage itu melibatkan 12 tangki ikan ternakan ikan dengan harga RM25,000 satu pakej.

Selain 12 tangki, pakej tersebut mengandungi sistem paip, sistem penapisan, tempat saluran menuai dan juga sistem pam untuk air masuk dan keluar.

Menurut Pengarah Urusan RTSB, Yusra Sabar, mereka yang berminat mendapatkan pakej tersebut bagaimanapun digalakkan menghadiri bengkel kaedah penternakan yang dikendalikan dengan rakan kongsi niaga syarikatnya, AquaBiz Sdn. Bhd.

"Syarikat ini menawarkan kursus penternakan dan juga aspek lain termasuk bekalan benih ikan keli," katanya.

Yusra berkata, setiap tangki polietilena mampu menampung kira-kira 3,000 ekor anak ikan keli bersaiz piawai tiga inci yang boleh dibeli pada harga antara 13 sen dan 20 sen seekor.

Pihaknya, menawarkan dua jenis tangki iaitu bersaiz diameter tujuh kaki yang digunakan dalam pakej tersebut manakala tangki yang lebih keci berukuran empat kaki kali enam kaki kali dua kaki enam inci ditawarkan untuk penternak bebas yang ingin terlibat dalam Program Bumi Hijau.

Beliau berkata, pakej tersebut jika berjaya, mampu mengeluarkan hasil 800 kilogram setiap tangki seberat 250 gram seekor dalam tempoh tiga bulan.

Penternak juga ditawarkan perladangan kontrak dengan sebuah syarikat lain yang membeli semua hasil yang dikeluarkan oleh penternak terbabit.

Sistem i-Cage yang ditawarkan itu bukan sahaja tahan karat dan tahan lasak tetapi juga mudah alih, memanfaatkan sistem kitaran air tertutup dan senang dikendalikan.

Bagi membolehkan ternakan lebih terjaga daripada segi persekitaran, penternak juga ditawarkan dengan penggunaan mikroorganisma efektif (EM) , anti klorin, anti bakteria dan makanan ikan Mereka yang berminat boleh menghubungi RTSB di talian 03-78452415.

Spesifikasi tangki A Saiz: Empat kaki kaki x enam x dua kaki enam inci. Bahan - politilena. Kapasiti - 1,700 liter air (500 ekor ikan) Sesuai untuk semua jenis ternakan.
Spesifikasi Tangki B Tangki bulat (pakej) -3,000 ekorlUkuran - Tujuh kaki diameter dan tiga kaki tinggi. Sesuai untuk semua jenis ikan. Kegunaan- sesuai untuk ternakan komersial.
Ciri-ciri - Mudah alih, mudah dipasang dan diselenggara.

5 comments:

SYUHAIRI said...

kepada yang tinggal di utara,rebutlah peluang untuk mjadi usahawan.untuk info lanjut sila pergi ke http://syuhairishafie.blogspot.com/. time kaceh...

Unknown said...

Dapatkan benih keli kolam tanah di 017-2396413

Peternak mahir pasti memilih benih keli dari kolam
tanah kerana:-
1- Kadar kematian terendah kerana ia ada antibody
yg kuat.
2- Kalau benih dari kolam selain dari tanah, dan
apabila di bela di kolam tanah kadar kematian
tinggi.Benih kolam tanah boleh di bela ke dalam
mana2 jenis kolam dgn kadar kematian rendah.
3- Kolam tanah akan mengeluarkan morina (
plankton/hama tanah) semulajadi dan jika ia di
makan oleh anak keli berunmur 4 hari ke 7 hari ia
mendapat anti body yg kuat.Tidak terdapat di kolam
simen/kanvas/tangki.
4- Ketahanan benih lebih kuat kerana telah
mengalami perubahan suhu dan PH yang berubah
sewaktu di kolam tanah ketika berumur 4 hari ke 14
hari ( saiz 1 “)

Pastikan anda dapat benih terbaik, bermutu dan
kadar kematian rendah dan cepat membesar. Kalu tak
anda akan rugi sebab harga pasaran keli rendah dan
makanan semakin mahal. Jadi kalu lambat besar, wow
banyak kena kasi makan brother!!

Benih kami 3″ cuma 7 sen. 4 hari ke 14 hari
di kolam tanah. 2″ cuma 5 sen
http://demenshinwaters.co.cc

Anonymous said...

Assalamualaikum

terima kasih kepada tuan tanah blog nih krn memaparkan info2 terkini berkaitan penternakan ikan air tawar dan peralatan.

dlm kesempatan ini saya mewakili Malaysian Fishery Network mempelawa tuan2 penternak ikan air tawar di seluruh malaysia untuk duduk bersama dibawah rangkaian kami di MFC.

Disana kita boleh berkomunikasi secara langsung diantara penternak2 yg lain dan pembekal malahan pembeli juga insyaallah berada disana.

jika berminta tuan2 boleh ke www.mfnetwork.ning.com

Unknown said...

017-2396413 Hormon pembenihan ikan (peggalak telor)- fish spawning hormone, tidak melekit macam brand yg lain2 tu.. yg boleh membuatkan ikan mati sebab daging jadi keras. Klik sini untuk detail, leh order online via credit card

Anonymous said...

Fishmeal & Fish Feed Pellet Offer

Pellet Ikan (Fish Feed Pellet)-Floating Type

Min Order : 100bag
Packinging : 20kg/pp bag

STARTER 32% cp RM 46.00/bag
GROWER 28% cp RM 44.00/bag
FINISHER 18% cp RM 42.00/bag

Harga Runcit(Retails):

STARTER 32% cp RM 49.00/bag
GROWER 28% cp RM 47.00/bag
FINISHER 18% cp RM 43.00/bag


Pellet Ikan (Fish Feed Pellet)-Floating Type

Min Order : 100bag
Packinging : 20kg/pp bag

STARTER 32% cp RM 46.00/bag
GROWER 28% cp RM 44.00/bag
FINISHER 18% cp RM 42.00/bag

Harga Runcit(Retails):

STARTER 32% cp RM 49.00/bag
GROWER 28% cp RM 47.00/bag
FINISHER 18% cp RM 43.00/bag


1. FISHMEAL 50-55% PROTEIN

PROTEIN 50%-55%
CRUDE FAT 3%
CRUDE FIBRE MAX 16%
MOISTURE 7%

Prices : RM 1950 - RM 2600/ ton
Min Order : 1 ton

2. LOW GRADE FISHMEAL
PROTEIN 19%-35%
CRUDE FAT 3%
CRUDE FIBRE MAX 16%
MOISTURE 7%

Prices : RM 1210 - RM 1700/ ton
Min Order : 1 ton

**penghantaran percuma sekitar lembah klang.

For aquaculture, poultry, goat, cow and other animal.

Inquiry for prices, sampel and more detail please send us your inquiry detail(grade of fishmeal,quantity order, etc), company name/ your name, address, and contact number to gfarmenterprise@gmail.com.
Hp: 012 7554414(Fauzi)
email : gfarmenterprise@gmail.com
blog : gfarmenterprise.blogspot.com