Saturday, November 3, 2007

Kursus Ternak Kambing di Kelab Safira, Pulau Pinang

Tarikh Kursus : 23 dan 24 Oktober 2007
Tempat : Safira Club, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Kehadiran : 30 Peserta.
Anjuran : Jabatan Veterinar, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Kos : Percuma.

Berikut disertakan gambar-gambar yang sempat dirakam dengan hp Sony Ericsson K618i.
Ciri-ciri baka jantan yang baik..



Lantai plastik moden untuk kambing anda..Kos sekeping?? (Baru nak survey)
Ini..baka betina yang baik kot.


Kedudukan kandang yang sesuai. Ikut arah utara selatan.Bentuk tangga yang sesuai untuk kambing anda. Sila ikut spesifikasi yang betul supaya nanti tidak menyusahkan diri dan kambing anda.Jarak antara dua kandang. Walau bagaimanapun kandang ini tidak ikut spec yang betul. Tinggi mahu 10 kaki.Magic box - Sebagai wad bersalin atau wad kecemasan dan nuseri.

Paip titisan air otomatik.Design kandang..
Bentuk-bentuk kandang. Pilihlah yang mana mampu dibuat dan yang paling diminati.
Palong makanan dan tempat laluan pekerja untuk meletakkan makanan. Sepatutnya ada pagar ni..kalu jatuh, boleh parah ni.

Ini pun boleh, kalau sudah sengkek sangat.

Rumah lama yang telah ditinggalkan, pun boleh dijadikan kandang. Ini lebih baik dari dibiarkan hantu raya menumpang atau hantu langsuir bergayut.

Ada lagi, nanti sambung..Lawatan ladang ke Kandang Haji Abdul Halim di Kampung Pelet, Pulau Pinang.


Maklumat lanjut :- Di sini..

7 comments:

ansar said...

ASM/Salam sejahtera semua.

Tahniah kerana berjaya mewujudkan satu lagi blog selain blog-blog sedia ada mengenai usahawantani-kambing.

Semoga ianya akan memberi info-info terkini mengenai kambing.

Tuan, dimana agaknya kita boleh dapatkan kepala paip air macam dalam gambar 2.

Ansar-Alor Star

http://mastereload.biz/?=Biz4u
http://prepaid4u.net/?=ansar

zamri said...

Wsm..

Saudara Ansar boleh menghubungi Tuan Haji Abdul Halim di no. hp: 012-2865363. Beliau adalah seorang perternak yang kami lawati ladangnya di Kg Pelet, Pulau Pinang.

zamri said...

Sudah jumpa kepala paip yang saudara ansar tanya, harga RM25 .Rujuk page ni..
http://www.interxpose.com/agro/page.asp?id=50

ansar said...

ASM/Salan sejahtera semua. Semoga diberkati ALLAH.

Terimakasih dengan maklumat yang diberi.

Bila agaknya kursus-kursus yang bakal mendatang akan diiklankan.

Ansar-Alor Star

http://mastereload.biz/?=Biz4u
http://prepaid4u.net/?=ansar

zamri said...

Wsm..kamu pegi ja Jabatan Veteriner negeri, isi borang kursus. Nanti ada kursus, dia akan hantar surat. Kursus ini pun, seingat saya hampir setahun isi borang, baru depa panggil.

ansar said...

ASM/Salam sejahtera.

Penternakan Kambing Boer Berpotensi Besar

Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Minat pengusaha menternak kambing juga semakin berkembang berikutan dasar kerajaan yang menggalakkan pertumbuhan ternakan kambing ini.

Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015.

Tiga jenis kambing yang pada masa ini diternak di Malaysia ialah dari jenis baka daging, tenusu dan bulu. Kini, kambing boer semakin menjadi pillihan penternak kerana mutu dagingnya yang tinggi dan mudah untuk diternak. Kambing boer mula berada di negara ini selepas dibawa oleh Mardi pada tahun 2001 dari Afrika Selatan. Kini, banyak kambing boer yang dibawa ke negara ini diimport dari Australia.

Ciri ciri kambing boer:

Subur dan mudah membiak sepanjang tahun
Mempunyai lebih banyak daging kerana tulangnya lebih nipis berbanding kambing lain
Daging lebih bermutu, tinggi khasiat, rendah kalori, kolesterol dan kaya dengan protein
Kambing boer paling bagus dari segi daging berbanding baka jamnapari anglo nubian, alphine dan beratus ratus baka yang lain
Tahan lasak kepada pelbagai jenis penyakit dan boleh menyesuaikan diri dari sebarang bentuk persekitaran dan cuaca

Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang.


Ansar-Alor Star

http://mastereload.biz/?=Biz4u
http://prepaid4u.net/?=ansar

ansar said...

ASM/Salam sejahtera semua.

Adalah diharapkan ahli-ahli dapat menyalurkan maklumat mengenai seminar, kursus mahupun latihan singkat mengenai kambing disini untuk pengetahuan ahli-ahli.

Semoga ianya akan memberi info-info terkini mengenai kambing.

Ansar-Alor Star

http://mastereload.biz/?=Biz4u
http://prepaid4u.net/?=ansar